22 September 2008

Ternak Ikan Keli

Di antara projek tani yang saya kunjungi, salah satu yang menarik perhatian adalah penternakan ikan keli. Antara ilmu yang dipelajari semasa kunjungan adalah:

1. Bagi pengusaha yang baru memulakan penternakan ikan keli biasanya akan mendapatkan benih anak keli yang bersaiz antara 1.5 - 3.5 inci.

2. Benih boleh didapati daripada Jabatan Pertanian atau dibeli daripada pembekal (penternak swasta) pada harga yang dibincangkan (bergantung pada jenis baka, saiz dan kuantiti) . Anggaran harga (lebih kurang) RM0.04 seekor bagi saiz 3 - 3.5 inci dalam kuantiti 100,000 ekor.

3. Anak keli akan diberi makan dedak ikan untuk tempoh 2 minggu pertama. Kemudiannya diberi makan perut ayam, roti dsb.nya.


4. Dengan bekalan makanan yang cukup, keli tersebut dapat membesar dengan cepat dan boleh mula dijual dalam tempoh 2 - 3 bulan.

5. Permintaan pasaran adalah tinggi untuk keli yang beratnya 1 kilogram untuk 4 -5 ekor . Harga jualan = RM2.50 sekilogram.

6. Anggaran pendapatan kasar bagi 100,000 ekor:-

100,000 ekor/ 4 ekor = 25,000 kilogram (atau 25 tan)
Katakanlah, tidak semua anak ikan dapat hidup (mungkin ada yang dimakan burung, memerang, tidak cukup makanan dan pelbagai masalah lain ! ) .... katakan cuma 10,000 kilogram atau 10 tan yang dapat dijual... jadi...
10,000 x RM2.50 = RM25,000/- dalam masa 3 bulan...

Wahhh..! Banyak tu... Hmmm... tapi risikonya bagaimana ya..? Mungkin ada rakan-rakan pembaca yang dapat memberi pandangan/komen...

16 September 2008

Dilemma !

Semangat saya memang berkobar-berkobar untuk memulakan projek usaha tani.

Namun, rakan-rakan yang ditemui, terutama mereka yang lebih arif dan telah lama bergiat dalam bidang pertanian, menasihatkan supaya JANGAN TEBURU-BURU.

Perancangan dan pengetahuan adalah faktor penting dalam menentukan kelangsungan projek i.e. business continuity. Jika tidak, usaha dan pelaburan akan menjadi sia-sia.. Hmmm... betul juga yer... kebiasaannya dan kebanyakan usahawan baru nie selalunyan 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja.... Bila timbul satu persatu masalah (yang asalnya boleh diatasi jika ada perancangan dan kemahiran yang betul)... semangat pun mulalah merudum dan projek pun terus dibiarkan terbengkalai..

Jadi... sepertimana yang dinasihatkan.. demi memperolehi pengetahuan sebagai asas persediaan dan perancangan... saya telah mengikuti kursus-kursus pertanian yang ditawarkan... secara formal dan tidak formal... Tidak formal tu maksudnya, lawatan ke tapak-tapak projek tani melalui networking yang terbentuk hasil perkenalan dengan rakan-rakan peserta semasa menghadiri kursus. Contohnya ketika menghadiri kursus penternakan kambing, terdapat peserta yang telah mengusahakan projek penanaman cendawan. Rakan-rakan peserta ini selalunya tidak 'lokek' (kedekut) untuk berkongsi dengan peserta yang lain... Setelah berkenal-kenalan, mereka dengan cukup berbesar hati mempelawa untuk melawat ke tapak projek masing... Hmm... maka dari situ, networking ini akan terus berkembang... Dan, ketika melawat ke tapak penanaman cili misalnya, terjumpa pula dengan kenalan yang lain (i.e. rakan kepada rakan) yang mengusahakan tanaman cendawan pula..

Hasil dari perkongsian (networking) tersebut, semangat saya makin berkobar-kobar... dah nak meletup pula rasanya... he..he...

Tapi pada masa yang sama.. isu yang lain pula timbul, yang turut menjurus kepada isu yang sama sepertimana awalnya.... Projek mana yang hendak diusahakan ya??? Antara yang cukup menarik: cili, cendawan, pisang, nenas,lembu, kambing, ayam... Fuhhh... konfius lah...!!!? Awal dulu, keliru disebabkan tidak tahu hendak usahakan yang mana satu, sebab semuanya tidak tahu.. Kini bila dah tahu (sedikit sebanyak), keliru juga sebab semuanya kelihatan menarik...

Any idea.. anyone...???

13 September 2008

Susu kambing: Apa keistimewaannya?


Susu kambing merupakan sumber protein terbaik selepas telur. Susu kambing adalah minuman semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian sesuai untuk semua peringkat umur.

Susu boleh diminum panas atau sejuk. Namun, susu kambing adalah paling baik diminum segar (raw goat milk) bagi mendapatkan khasiat susu sepenuhnya. Ianya kaya dengan protin, enzim, vitamin A serta mengandungi faktor kandungan anti-barah.

Dipercayai bahawa susu kambing mampu membantu mengatasi:
  • Demam Kuning
  • Asma (Lelah)
  • Gastrik
  • Insomnia
  • Hepatitis A
  • Sakit Jantung (peringkat awal)
  • Sakit buah pinggang (peringkat awal)
  • Memulihkan tenaga batin
  • Menambah selera makan

12 September 2008

X-Factor: MINAT dan KEMAHIRAN

Apa yang hendak diusahakan ya..? Hmm... satu persoalan yang sangat penting..!

Jadi.. melalui perbincangan dengan anggota keluarga.. kenalan dan pembacaan saya... faktor yang sangat penting adalah MINAT... serta kemahuan...
Bak kata peribahasa: "Ada hati, semua jadi"

Salah satu ilmu yang saya pelajari dari pengalaman bekerja dengan syarikat multi-nasional adalah setiap projek yang hendak dilaksanakan perlu melalui proses perancangan yang rapi! Dalam istilah perniagaan proses tersebut dinamakan "business planning" (i.e. perancangan perniagaan.. please correct me if i'm wrong ya..).

Jadi.. bagaimana saya nak tentukan samada saya benar-benar mempunyai minat dan kemahuan di dalam bidang pertanian ini ya.. dan bagaimana hendak merancang sekiranya saya tiada apa-apa ilmu atau kemahiran pun dalam bidang ini.. Orang puteh kata "ZERO knowledge".
Ilmu.. kalau setakat tanam pokok bunga (dalam pasu) tu bolehlah.. hehe...

Maka.. langkah seterusnya.. saya dengan ditemani oleh suami, mulalah mengunjungi agensi-agensi kerajaan yang berkenaan bagi mendapatkan panduan... Antaranya:

- Jabatan Pertanian
- FAMA
- MARDI

Hasil kunjungan tersebut.. saya kemudian mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan... Hai... kena masuk kelas balik la jawabnya.. walaupun umur dah meningkat begini pun.. He..he..

10 September 2008

Perjalanan bermula (the journey begins)...

Seperti mana kebanyakan yang lain, saya telah menghabiskan puluhan tahun bekerja makan gaji... Tak pernah termimpi untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti keusahawanan, apatah lagi dalam bidang asas tani.

Persaraan saya bermula pada awal tahun 2007... Peluang tersebut saya gunakan untuk mengerjakan umrah bersama suami tercinta. Alhamdulillah...

Dan.. pada bulan-bulan awal persaraan kebanyakan masa dihabiskan dengan mengikuti pakej-pakej pelancongan di dalam dan luar negara bersama-sama keluarga...

Hinggalah.. suatu ketika... saya secara kebetulan bertemu dengan seorang kenalan (juga baru bersara) yang baru berjinak-jinak dengan penanaman cili. Kunjungan pertama ke ladang beliau, telah menimbulkan minat saya untuk turut serta.. berbakti kepada tanah.....

Minat... namun.. pelbagai persoalan mula timbul...
- Bagaimana hendak bermula?
- Tanaman apa yang harus saya usahakan? Cili, jagung, nenas atau ....??
- Di mana hendak saya usahakan... Ya tak ya juga, saya bukannya memiliki 'tanah' pun untuk bercucuk-tanam..
- Aspek teknikal pula bagaimana? Adakah perlu bergantung kepada kenalan saya yang masih baru di bidang pertanian... itupun cili.. kalau begitu halnya, tanaman cili jugalah yang perlu saya usahakan.
- Berapakah jumlah modal yang diperlukan? Modal??? Ehh.. banyak ke? Adakah bidang pertanian mampu memberi sebarang pulangan? Kalau rugi, bagaimana?? Kini sudah bersara.. tiada lagi pendapatan tetap... Kalau labur duit dalam amanah saham bukankah lebih baik, badan pun tak penat,.. cukup tahun dapat dividen bolehlah pergi melancong..
- Mampukah saya menjayakannya.. ahli-ahli keluarga yang lain bagaimana..? Sokongan yang bagaimana akan mereka berikan??

Aisey... belum apa-apa dah gundah gulana lah pulak..

Apa-apa pun tentu semua dah dapat meneka apa kesudahannya.. Sepertimana gambar yang tertera.. Sebidang tanah saya usahakan.... Ishh... apa nak tanam nie yer...?

07 September 2008

Asas tani.. suatu cabaran

Rezeki tidak datang bergolek...
Namun insyaAllah...
Jika kita ingat pada Allah ketika kita dalam kelapangan, Dia pasti ingat pada kita ketika hamba-Nya dalam kesempitan. Itulah pengajaran yang kami kecapi semenjak menceburi bidang pertanian ini...