22 September 2008

Ternak Ikan Keli

Di antara projek tani yang saya kunjungi, salah satu yang menarik perhatian adalah penternakan ikan keli. Antara ilmu yang dipelajari semasa kunjungan adalah:

1. Bagi pengusaha yang baru memulakan penternakan ikan keli biasanya akan mendapatkan benih anak keli yang bersaiz antara 1.5 - 3.5 inci.

2. Benih boleh didapati daripada Jabatan Pertanian atau dibeli daripada pembekal (penternak swasta) pada harga yang dibincangkan (bergantung pada jenis baka, saiz dan kuantiti) . Anggaran harga (lebih kurang) RM0.04 seekor bagi saiz 3 - 3.5 inci dalam kuantiti 100,000 ekor.

3. Anak keli akan diberi makan dedak ikan untuk tempoh 2 minggu pertama. Kemudiannya diberi makan perut ayam, roti dsb.nya.


4. Dengan bekalan makanan yang cukup, keli tersebut dapat membesar dengan cepat dan boleh mula dijual dalam tempoh 2 - 3 bulan.

5. Permintaan pasaran adalah tinggi untuk keli yang beratnya 1 kilogram untuk 4 -5 ekor . Harga jualan = RM2.50 sekilogram.

6. Anggaran pendapatan kasar bagi 100,000 ekor:-

100,000 ekor/ 4 ekor = 25,000 kilogram (atau 25 tan)
Katakanlah, tidak semua anak ikan dapat hidup (mungkin ada yang dimakan burung, memerang, tidak cukup makanan dan pelbagai masalah lain ! ) .... katakan cuma 10,000 kilogram atau 10 tan yang dapat dijual... jadi...
10,000 x RM2.50 = RM25,000/- dalam masa 3 bulan...

Wahhh..! Banyak tu... Hmmm... tapi risikonya bagaimana ya..? Mungkin ada rakan-rakan pembaca yang dapat memberi pandangan/komen...

No comments: